fbpx

Nahas Mak Lagam: Tiga beranak selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ahli keluarga sedang membaca talkin pada pengebumian tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabur Kubur, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Tiga beranak termasuk bayi lelaki berusia setahun yang maut dalam kemalangan di Kilometer 154 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran persimpangan Cheneh-Mak Lagam, selamat dikebumikan awal pagi tadi.

Jenazah Ammir Hussein Mohamad, 38, dan dua anak lelakinya, Ammzar Husszair Al Hussein,4, dan Ammzar Hussnayan Al Hussein, 1, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabur Kubur di sini pada pukul 1.30 pagi.

Terdahulu, ketiga-tiga jenazah disembahyangkan di Surau Taman Dato, Chukai di sini pada pukul 12.15 tengah malam.

Suasana pilu dan sedih menyelubungi tanah perkuburan yang dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan kenalan keluarga tersebut dengan sebahagian mereka mengalirkan air mata.

Jenazah bayi lelaki yang didukung oleh salah seorang saudara keluarga tersebut dilihat turut diusap dan dikucup oleh beberapa ahli keluarga sebelum dikebumikan bersama abang dan bapanya.

Dalam pada pukul 2 petang semalam, kenderaan pelbagai guna Naza Citra dinaiki lima sekeluarga tersebut telah dirempuh sebuah lori yang dikatakan mempunyai masalah brek.

Difahamkan, isteri Ammir Hussein, Norhafizah Sazwa Harun, 38, yang sedang hamil dan memandu kenderaan itu telah dibenarkan pulang dari wad Hospital Kemaman di sini.

Anak angkat mereka, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, pula dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu malam tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI