fbpx

Dr Rafidah mohon PM tambah bajet ubat pesakit diabetes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pakar perubatan, Dr Rafidah Abdullah menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyediakan peruntukan perubatan bagi mengurangkan risiko komplikasi dialisis.

Rafidah menerusi laman Facebooknya berkata, ubat-ubatan yang dibekalkan mampu melambatkan kerosakan buah pinggang sedia ada.

“Kasihanilah rakyat Malaysia. Kami pakar-pakar sudah tidak sanggup melihat mereka merana. SGLT2 (sodium-glucose co-transporter 2) ini patut diberikan bajet tambahan. Tolong,” tulisnya dalam satu hantaran.

Dalam pada itu, beliau turut meminta pengidap kencing manis yang mempunyai masalah berat badan supaya berusaha mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kepada rakyat Malaysia yang ada kencing manis Type 2 yang berat badan berlebihan, tolonglah kuatkan semangat anda mengurangkan berat badan.

“Bersenam, jaga pemakanan. Kami nak sangat kurangkan insulin. Boleh bincang dengan doktor merawat.

“Jangan cari doktor jual produk atau doktor di media sosial. Bila kurang insulin, dana tersebut boleh kami belikan anda ubat SGLT2 ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI