fbpx

‘Syed Saddiq boleh tarik sokongan jika janji tidak ditepati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mahathir pada sesi soal jawab dan diskusi Minggu Negarawan Perpaduan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bebas untuk menarik balik sokongan ke atas kerajaan.

Bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Ahli Parlimen Muar itu boleh berbuat demikian jika berpendapat Kerajaan Perpaduan telah memungkiri janjinya.

“Dia (Syed Saddiq) mempercayai apa yang dijanjikan pucuk kepimpinan blok itu, namun apabila mereka tidak menunaikan janji, dia boleh tinggalkan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Tun M menjadi panel diskusi Minggu Negarawan bersempena Bulan Kemerdekaan 2023 dengan tema Perpaduan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Ahad lalu, Syed Saddiq yang juga ialah Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) membuat kejutan apabila mengumumkan partinya keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Ditanya lanjut, Mahathir walau bagaimanapun enggan mengulas apakah dimaksudkan beliau mengenai isu janji tidak dipenuhi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI