fbpx

Sekumpulan individu berarak ke Parlimen disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis membuka satu kertas siasatan berikutan tindakan sekumpulan individu yang berarak dari Tugu Negara ke Parlimen, di sini, pagi, semalam bagi penyerahan memorandum.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, semasa penugasan kawalan keselamatan memorandum di Tugu Negara pada 9 pagi, pihaknya mendapati seramai 20 individu cuba berarak ke Parlimen.

“Pegawai polis bertugas menasihati kumpulan tersebut supaya tidak berarak kerana penyerahan memorandum itu sudah diselaraskan oleh pihak Parlimen untuk diadakan di Tugu Negara antara pihak penyerah dan penerima.

“Bagaimanapun, pihak penyerah tidak mengendahkan arahan daripada polis dan meneruskan perjalanan ke Parlimen,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Jelas beliau, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan berhubung kejadian berkenaan.

“Kita sudah mengenal pasti individu terbabit dan akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Setelah kertas siasatan lengkap, ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI