fbpx

Rezeki tidak pernah salah alamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGURUS pasukan B-23, Datuk Seri Shahril Mokhtar (kanan) bersama pemain negara ketika tiba di KLIA, hari ini. - FAM

SEPANG – Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) tidak lagi mengharapkan mimpi untuk meniru apa yang dijelmakan pasukan senior Harimau Malaya selepas berjaya mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Qatar, tahun depan.

Walaupun ada ‘cakap-cakap’ yang mengatakan kemaraan pasukan negara sekadar nasib, kejayaan ini pasti tidak akan hadir jika tiada komitmen penuh daripada pemain terutamanya ketika aksi awal Kumpulan H bertemu Bangladesh dan Filipina.

Penjaga gol B-23 negara, Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin, berkata rezeki tidak pernah salah alamat dan seluruh pasukan patut meraikan kejayaan kali ini.

“Perjalanan pasukan kali ini cukup mendebarkan kerana keputusan (layak atau tidak) keluar pada saat akhir. Malam tadi semua orang tunggu perlawanan lain habis dan pada mulanya kami ingatkan tidak mampu layak kerana Australia seri dengan Tajikistan.

“Apabila layak, semua keluar bilik, ada yang menjerit (raikan kejayaan layak ke pusingan akhir). Tidak ada nak cakap apa (tentang andaian layak kerana nasib) kerana semua ini adalah rezeki dari Allah,” katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Skuad B-23 negara sah layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung 15 April hingga 3 Mei tahun depan selaku empat pasukan naib juara terbaik.

“Banyak lagi yang kami perlu baiki sebab selepas ini kita akan jumpa pasukan lagi kuat. Dalam tempoh enam bulan sebelum memasuki 2024, saya percaya kita ada masa untuk baiki kelemahan,” katanya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI