fbpx

DNAA Zahid Hamidi: Prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen platform tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

KUALA LUMPUR – Prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang akan membincangkan keputusan Peguam Negara melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah satu keputusan yang tepat.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perbincangan khas tersebut bersesuaian memandangkan ia bersifat ‘non-partisan’ selain melibatkan ahli-ahli parlimen dari kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.

“Dalam proses melibatkan Parlimen, (prosiding khas) merupakan platform yang paling tepat dan untuk ahli-ahli parlimen mendapatkan maklumat yang terperinci berbanding di dalam Dewan Rakyat yang hanya akan memberi peluang kepada ahli parlimen yang bercakap.

“Sekiranya di dalam konteks untuk mendapatkan maklumat terperinci, proses yang tepat ialah seperti prosiding Jawantankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Ahli parlimen sendiri boleh mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Transit Aliran Ringan (LRT) ‘Cerita Malaysiaku’ di sini, hari ini.

Jelasnya, mereka yang terlibat di dalam prosiding itu bertanggungjawab untuk melaporkan kepada dewan mengenai laporan mereka dan ia boleh dibahas secara menyeluruh di Dewan Rakyat.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Peguam Negara baharu, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dan mantannya Tan Sri Idrus Harun akan dipanggil ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Ke-15 Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.

Pengerusinya yang juga Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen berkata, ia bagi memberi penjelasan berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI