fbpx

Tune Protect masuk pasaran Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohit

PETALING JAYA – Tune Protect Group mengumumkan kemasukan ke pasaran Afrika menerusi syarikat usahasama, Tune Protect EMEIA, iaitu peneraju teknologi bantuan pengembaraan digital di Eropah, Timur Tengah India dan Afrika.

Kumpulan memasuki perkongsian strategik dengan Leadway Assurance Company Limited (Leadway), syarikat insurans utama di Nigeria bersama Tune Protect Re, Malaysia bagi memenuhi permintaan untuk pelbagai produk jaminan perjalanan dan gaya hidup menerusi saluran digital perniagaan ke perniagaan (B2B) di Nigeria.

Leadway merupakan rakan kongsi B2B pertama bagi Tune Protect Re dan TP EMEIA di rantau Afrika, dengan fokus kepada pengembaraan B2B dan menawarkan portfolio lebih daripada 10 jaminan perjalanan serta gaya hidup.

Di bawah kerjasama berkenaan, TP EMEIA turut menyediakan penyelesaian teknologi White Label Ltd, Malaysia, yang merupakan cabang teknologi Tune Protect kepada Leadway.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Protect, Rohit Nambiar berkata, kemasukan ke Afrika menandakan pencapaian penting bagi Kumpulan dalam mengembangkan kehadiran global mereka.

“Usaha kami tidak terhenti di sini. Pasukan Tune Protect terus meneroka peluang kerjasama yang yang menyediakan kelebihan sinergi dan memperlihatkan daya maju ekonomi.

“Kami sedang merancang untuk berkembang ke sembilan negara baharu di Asia dan Afrika, menawarkan produk insurans bernilai tinggi bagi memenuhi keperluan pasaran global yang pelbagai,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI