fbpx

UMPSA jalin kerjasama pintar dengan 12 industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMPSA memeterai MoA dengan 12 organisasi industri bagi memantap jaringan akademik dalam pelbagai bidang di Putrajaya baru-baru iniUMPSA memeterai MoA dengan 12 organisasi industri bagi memantap jaringan akademik dalam pelbagai bidang di Putrajaya baru-baru ini

UNIVERSITI Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjalinkan kerjasama pintar dengan 12 organisasi industri dalam pembelajaran berasaskan kerja atau dikenali sebagai Work Based Learning (WBL).

Ia pendekatan pembelajaran yang menggabungjalinkan pembelajaran di universiti dengan industri bagi mewujudkan pengalaman bersepadu (teori dan praktikal) selama setahun kepada pelajar khususnya dalam program

Sarjana Muda Teknologi di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE).

Kolaborasi turut memantapkan jaringan akademik dalam pelbagai bidang termasuk sangkutan industri staf serta penyelidikan dan pembangunan bagi manfaat kedua-dua pihak.

Kerjasama itu dimeterai melalui memorandum perjanjian (MoA) dengan 12 industri melibatkan pihak IDEA PLT, Miwa Industries Sdn. Bhd., Multi-Code Electronics Industries (M) Berhad, RSI Automation Sdn. Bhd., Visinergy Sdn. Bhd. dan Trisystems Engineering Sdn. Bhd.

Industri lain ialah Gagasan Sentral Sdn. Bhd., Klug Energy Sdn. Bhd., Sunsource Energy Sdn. Bhd., VTAG Electrical Engineering Sdn. Bhd., Hasilwan (M) Sdn. Bhd. dan Pathgreen Energy Sdn. Bhd..

Hadir sama dalam majlis itu ialah Naib Canselor UMPSA, Prof. Datuk Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin; Dekan FTKEE, Prof. Madya Dr. Hamdan Daniyal dan Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim.

Menurut Yuserrie, kerjasama tersebut turut meneroka dalam penempatan latihan industri, kursus jangka pendek dan lain-lain.

Ujarnya, UMPSA sebagai salah sebuah universiti dalam Rangkaian Universiti Teknikal Teknikal Malaysia (MTUN) menawarkan program Sarjana Muda Teknologi ( BTEC) yang direka bagi menyediakan laluan pengajian tinggi kepada lepasan institusi program latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Menurutnya, elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah hands on, pembelajaran berasaskan masalah berorientasikan projek (POPBL) dan WBL yang akan memberi pendedahan industri kepada pelajar di sepanjang pengajian mereka.

“Inisiatif ini adalah selaras dengan Pelan Strategik UMP 2021-2025.

“Ia merupakan satu inovasi dengan kerjasama industri dalam usaha universiti melahirkan graduan yang boleh mengaplikasikan teori dipelajari di universiti dalam penyelesaian masalah praktikal sebenar di industri,” katanya.

“Kita percaya melalui kerjasama ini, staf dan pelajar dapat didedahkan kepada teknologi terkini, pengetahuan serta pelbagai kemahiran yang tidak ternilai daripada industri.

“Pada masa sama, ia meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka melalui inovasi akademik serta penyelidikan,” katanya.

Tumpuan turut diberikan kepada pelajar untuk berinteraksi dan bekerja dengan rakan industri mengenai tugasan serta projek mereka.

Dalam pada itu , WBL pastinya menyediakan platform kepada pelajar menterjemahkan pembelajaran akademik mereka dalam kerja-kerja praktikal dengan harapan dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar.

Pelaksanaan WBL juga dapat menyediakan peluang universiti terlibat dengan masalah industri yang sebenar, sekali gus memberi manfaat menang-menang (win-win situation) kepada kedua-dua pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI