fbpx

Lelaki warga Bangladesh ditahan bantu siasatan bunuh rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LENGGONG – Suspek kes bunuh seorang lelaki warga asing yang mayatnya ditemukan rentung terbakar di kawasan kebun pisang di Kampung Pengkalan Ikan, Kuak di sini Jumaat lalu, berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, lelaki warga Bangladesh yang dipercayai rakan mangsa itu diberkas semalam di tepi jalan Kampung Jamuan, Kuala Kangsar pada pukul 4.30 petang.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif pembunuhan tersebut.

“Suspek direman selama enam hari mulai hari ini sehingga Jumaat depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga asing ditemukan mati dalam keadaan mayatnya terbakar di dalam kebun pisang di Kampung Pengkalan Ikan, Kuak, Lenggong.

Mayat lelaki warga Bangladesh itu ditemukan orang awam rentung terbakar sebelum memaklumkan kepada polis pada pukul 11.35 malam pada Jumaat.

Difahamkan, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring kira-kira 10 meter dari rumah pekerja.

Hasil bedah siasat ke atas mayat lelaki itu di Jabatan Forensik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di kepala akibat trauma tumpul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI