fbpx

Jepun tumbangkan Jerman kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEPUN mencatat kemenangan kedua ke atas Jerman pada aksi persahabatan awal pagi semalam selepas melakukannya pada aksi kumpulan di Piala Dunia 2022 lalu. - AFP

WOLFSBURG – Jepun meneruskan rekod cemerlang buat kali kedua ke atas Jerman apabila kali ini memalukan bekas juara dunia empat kali itu dengan keputusan 4-1 pada aksi persahabatan di Volkswagen Arena awal pagi semalam.

Ini adalah kali kedua Samurai Biru berjaya menewaskan skuad Die Mannschaft itu selepas terdahulu menang 2-1 dalam saingan peringkat kumpulan pada Piala Dunia Qatar 2022.

Bagaimanapun, Ketua Jurulatih Jepun, Hajimi Moriyasu tetap merendah diri dan menganggap anak-anak buahnya masih banyak ruang boleh diperbaiki sebelum turun memburu kejuaraan Piala Asia di Qatar bermula 12 Januari tahun depan.

“Ada banyak lagi pasukan yang boleh memberikan cabaran sukar kepada kami, jadi kami perlu bersedia. Kami perlu bermain secara kompak dan dinamik kerana semua orang perlu bertahan serta menyerang sebagai satu unit.

“Semua pasukan akan mengalami fasa transisi seperti ini dan Jepun beruntung kerana berada dalam keadaan terbaik buat masa ini. Jerman masih yang terbaik di dunia walaupun keputusan tidak memihak mereka,” katanya.

Jepun yang ketika ini menghuni ranking ke-20 dunia, mendapat gol pertama hasil jaringan Junya Ito pada minit ke-11 sebelum bintang Bayern Munich, Leroy Sane menyamakan kedudukan buat Jerman lapan minit kemudian.

Biarpun Jepun hanya mempunyai 38 peratus penguasaan permainan tetapi juara Asia empat kali itu masih berjaya menambah tiga lagi jaringan selepas itu.

Tiga gol itu berjaya dijaringkan oleh Ayase Ueda (m-22) diikuti dua lagi jaringan pada lewat permainan menerusi Takuma Asano dan Ao Tanaka masing-masing pada minit ke-90. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI