fbpx

Terbuka AS: Medvedev lebur impian Alcaraz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEDVEDEV menampah slot final Terbuka AS untuk bertemu Djokovic selepas menewaskan Alcaraz di separuh akhir awal pagi semalam. - AFP

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Bintang tenis Rusia, Daniil Medvedev melangkah ke pentas final Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas membenam cabaran juara bertahan, Carlos Alcaraz dengan kemenangan 7-6, 6-1, 3-6, 6-3 awal pagi semalam.

Medvedev yang turun selaku pemain pilihan ketiga kejohanan menampilkan aksi terbaik dan tidak membuka ruang kepada pemain No. 1 itu untuk bangkit di gelanggang Stadium Arthur Ashe selepas bertarung sengit selama 3 jam 19 minit.

Kemenangan Medvedev sekali gus memusnahkan impian Alcaraz untuk menjadi pemain pertama berjaya mempertahankan gelaran Terbuka AS sejak Roger Federer melakukannya pada 2008.

Hasil keputusan tersebut, Medvedev akan membuat perhitungan dengan Novak Djokovic untuk merebut gelaran Terbuka AS.

“Sudah pasti perlawanan pada hari ini benar-benar menakjubkan, terutamanya ketika anda berjaya menewaskan seseorang pemain Carlos Alcaraz.

“Sebelum perlawanan pastinya saya mempunyai banyak keraguan berikutan sebelum ini tidak mempunyai rekod baik apabila tewas mudah kepada beliau dua kali tahun ini.

“Saya berkata saya perlu bermain dengan baik sekiranya ingin mengatasi Alacarz. Kecuali pada set ketiga prestasi saya sedikit menurun.

“Cabaran selepas ini ialah saya akan berdepan dengan seorang pemain yang telah memenangi 23 Grand Slam dan saya hanya mempunyai satu gelaran. Jadi, saya perlu melakukannya sekali lagi tampil terbaik seperti ini dan tiada cara lain,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI