fbpx

Sanggup angkat motosikal lintas ‘divider’, elak sekatan jalan di LPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi penunggang mengangkat motosikal melepasi pembahagi jalan di LPT untuk mengelak sekatan jalan raya.

PETALING JAYA – Gara-gara mahu mengelakkan sekatan jalan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), sekumpulan penunggang sanggup mengangkat motosikal seecara begilir-gilir bagi melepasi pembahagi jalan berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di Kuantan, Pahang.

Difahamkan, kumpulan tersebut merupakan sebahagian penunggang yang menyertai Himpunan RXZ Members 5.0 di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Triple Z Motorparts, kelihatan puluhan penunggang terpaksa mengangkat jentera masing-masing bagi melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang diadakan berdekatan R&R Gambang.

“R&R Gambang tengah rancak ‘berperang’, tak complete (lengkap) cari la laluan alternatif lain atau balik pada masa yang selamat.

“Tak sanggup tengok kawan-kawan lari sana sini angkat motor membahayakan diri ‘cross wrong way’, utamakan keselamatan,” tulisnya hari ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila dan lokasi tepat klip video tersebut dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen selepas menonton rakaman klip video tersebut.

“Dah 2023 dah. Cukup-cukuplah habis duit beribu modi (ubah suai) motor, ambil lesen motor. Roadtax (cukai jalan) dan insurans kasi ada dulu.

“Motosikal nak join konvoi buat standard balik. Baru tidak huru-hara atas jalan. Jalan raya bukan ada motosikal sahaja, kereta, lori bas semua ada. Bahaya di mana sahaja,” tulis Nik Irsham.

Turut meninggalkan komen seorang lagi pengguna dikenali Mohd. Bakhtiar Basir.

“Jaga keselamatan semua, dalam gembira keselamatan harus dijaga dan tidak menyusahkan pengguna lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI