fbpx

Tumpahan cecair: Laluan susur Persimpangan Shah Alam dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan susur ditutup semalam bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menurap semula jalan untuk keselamatan pengguna jalan raya.

PETALING JAYA – Laluan susur Persimpangan Shah Alam dari Subang di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke arah Seafield di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) (Arah Selatan) telah dibuka kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini berkata ia susulan insiden tumpahan muatan cecair yang berlaku semalam di KM1.2 (Kilometer) di Lebuh Raya Elite.

Ujarnya, laluan susur tersebut telah ditutup sementara untuk semua kenderaan bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan menurap semula jalan kawasan terlibat dilaksanakan.

“Kerja-kerja menurap semula jalan di laluan tersebut terpaksa dilakukan bagi memastikan keselamatan pengguna.

“Ia ekoran kesan tumpahan cecair tersebut berpotensi untuk menyebabkan laluan menjadi licin dan membahayakan keselamatan pengguna lebuh raya,” ujarnya.

Tambah PLUS lagi, pihaknya mengucapkan terima kasih atas sokongan, kerjasama dan kesabaran semua pengguna lebuh raya semasa tempoh kerja-kerja pembersihan dan turapan semula laluan dijalankan.

“Pada masa yang sama, PLUS juga ingin menasihatkan kepada semua operator dan pemandu kenderaan berat perdagangan untuk memastikan muatan yang dibawa stabil dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat trafik terkini, boleh mengikuti twitter @plustrafik dan menggunakan aplikasi perjalanan Waze atau Google Maps untuk merancang perjalanan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI