fbpx

Muka meluat Amelia wakili perasaan satu Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Tesla (kiri) dan Amelia Henderson (kanan)

NAMPAKNYA cerita abang Tesla berpoligami belum lagi reda dan masih menjadi bualan ramai.

Terbaharu, riak wajah Amelia Henderson ketika menemu bual Abang Tesla dalam sebuah program hiburan tular menerusi media sosial.

Dalam video tersebut, Amelia dilihat memberi reaksi wajah seakan-akan geram dan meluat dengan perkara yang dikongsi oleh pempengaruh TikTok tersebut berhubung keputusannya serta alasan untuk berkahwin dua.

Meskipun tiada sebarang dialog, wajah Amelia dikatakan cukup untuk menggambarkan perasaan kebanyakan individu yang meluat dengan segala alasan dan cerita mengenai Abang Tesla.

“Muka Amelia cukup untuk memberi gambaran perasaan benci terhadap konten Abang Tesla.

“Terima kasih Amelia sebab mewakili kami. Menyampah betul dengan setiap alasan yang diberikan,” komen netizen.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI