fbpx

KUSKOP melalui Pernas sasar pembiayaan RM7.8 juta di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARASWATHY (empat dari kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta pada Program BizFrancais Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyasarkan potensi pembiayaan bernilai RM7.8 juta bagi negeri Johor untuk tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Senator K. Saraswathy berkata, sehingga kini sebanyak RM37.6 juta telah disalurkan kepada usahawan Johor di mana sebanyak 45 jenama francais dan pra-francais tempatan telah dibangunkan dengan bantuan Pernas.

Katanya, program BizFrancais Johor pada kali ini adalah merupakan kerjasama di antara Pernas dengan Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) merupakan lokasi ketiga bagi siri jelajah Program BizFrancais pada tahun 2023.

“Sejak Program BizFrancais diperkenalkan, Pernas telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM14.94 juta. Manakala untuk usahawan di negeri Johor, sejak tahun 2010 sehingga kini, Pernas telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM37.6 juta.

“Sehingga kini, Pernas telah menyalurkan sejumlah RM428 juta pembiayaan francais kepada 2,187 usahawan francais.

“Bagi tahun 2023, sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk pembiayaan francais dan pra-francais,” katanya ketika hadir merasmikan Program BizFrancais Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini.

Saraswathy berkata, program BizFrancais adalah satu platfom untuk memberi pendedahan serta kesedaran kepada orang ramai mengenai perniagaan francais dan mempromosi Pernas sebagai sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat untuk meningkatkan industri francais negara.-KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI