fbpx

Atlet negara tidak gentar cuaca sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 10 atlet negara sedia melakukan segala-galanya bagi menamatkan saingan di kedudukan terbaik pada Kejohanan Ironman Dunia 2023 di Nice, Perancis esok.

SEPULUH atlet yang bakal menggalas misi negara pada Kejohanan Ironman Dunia 2023 di Nice, Perancis esok sedia untuk melakukan segala-galanya bagi menamatkan saingan di kedudukan terbaik.

Kejohanan lasak yang merangkumi tiga disiplin termasuk berenang, berbasikal serta berlari itu akan meliputi jarak keseluruhan sejauh 225.8 kilometer (km) dan melibatkan keseluruhan bandar Nice.

Salah seorang peserta, Dr. Amir Fariz Zakaria berkata, walaupun sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi kejohanan lasak itu, namun faktor cuaca bakal menjadi cabaran kepada mereka terutamanya dalam disiplin berenang.

“Persiapan menjelang kejohanan itu berjalan dengan baik dan kesemua atlet nampak ya­kin. Memandangkan kita sudah datang jauh, sudah tentu kami mahu tampilkan aksi serta dapatkan kedudukan terbaik.

“Kejohanan itu nanti akan melibatkan renangan sejauh 3.8km, berbasikal (180km) serta larian (42km) dan perlu dihabiskan dalam tempoh 17 jam. Memang kita pernah buat dan sebab itu kami dapat datang ke sini.

“Apa yang paling mencabar adalah dalam disiplin berenang kerana faktor cuaca, suhu air mungkin cecah bawah 20 darjah Celsius. Di Malaysia, kami perlu cari kolam dengan suhu hampir sama tetapi di sini sangat berbeza,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, beliau juga menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kemampuan Lim Chee Yong yang akan beraksi dalam kategori 25-29 tahun bagi menamatkan saingan dalam kelompok 30 teratas.

“Kita ada seorang atlet harapan, iaitu Chee Yong yang beraksi dalam kategori 25-30 tahun. Saya percaya dia mampu untuk tamatkan saingan dalam kelompok 30 teratas, jika dapat 10 teratas, ia mungkin sesuatu yang luar biasa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI