fbpx

Lelaki Perancis sesat 8 jam di Taman Negara Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Oukali ditemui selamat selepas lapan jam dilaporkan tersesat di Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang, sejak petang semalam.

TELUK BAHANG – Seorang lelaki warga Perancis ditemui selamat selepas tersesat hampir lapan jam ketika menjalankan aktiviti pendakian di Taman Negara Pulau Pinang, di sini awal pagi tadi.

Mangsa, Younes Oukali, 37, ditemui dalam keadaan keletihan selepas tersesat dari pukul 6 petang semalam, ekoran gagal mencari jalan keluar akibat hujan lebat.

Difahamkan, mangsa menggunakan laluan masuk ke Taman Negara dari Pantai Acheh, Balik Pulau sebelum tersesat sehingga ke kawasan Batu Hitam, dengan jarak kira-kira empat jam dari Teluk Kampi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.07 petang semalam.

”Mangsa masih boleh dihubungi melalui telefon. Pasukan bomba bertindak menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat dengan melakukan pendakian serta bantuan bot oleh pihak Taman Negara Pulau Pinang ke Teluk Kampi,” katanya di sini, hari ini.

Menurut jurucakap JBPM, mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada pukul 1.22 pagi tadi oleh pasukan bomba dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI