fbpx

Agong, Permaisuri berangkat ke Bandaraya Miri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan Tengku Hassanal diiringi Sultan Hassanal Bolkiah ketika membaca doa sebelum berangkat ke Bandaraya Miri, Sarawak.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat lepas ke Bandaraya Miri, Sarawak pada pukul 10.30 pagi hari ini.

Menerusi hantaran Istana Negara di Facebook, Seri Paduka Baginda berdua berangkat dari hotel penginapan Baginda berdua di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Majlis perlepasan rombongan Kembara Kenali Borneo itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Turut berangkat, Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Rombongan Kembara Kenali Borneo peringkat negeri Sarawak pada hari ketujuh turut disertai, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan dijadualkan tiba di Pos Kawalan Imigresen ICQS Sungai Tujuh, Miri, Sarawak pada pukul 11.30 pagi.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, berangkat melakukan perjalanan sejauh 2,154 kilometer Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI