fbpx

Klon P Ramlee, Fairuz Misran meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Fairuz Misran.

KOTA KINABALU – Penyanyi memiliki wajah seiras seniman allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Berita itu dimaklumkan abang allahyarham, Ruzaidi Misran menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya beberapa yang lalu.

“Innalillahiwainnahirojiun. Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke Rahmatullah baru sebentar tadi.

“Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan al-fatihah buat allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Sementara itu, wartawan Kosmo! masih mencuba menghubungi ahli keluarga terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang berita pemergian allahyarham.

Terdahulu, allahyarham pernah tular dan menarik perhatian umum sebelum ini ekoran mempunyai wajah iras allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Malahan suara allahyarham ketika menyanyi juga sama seperti seniman agung negara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI