fbpx

Dibuang kerja selepas syarikat bankrap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang lelaki kecewa selepas diberhentikan kerja serta-merta tanpa sebarang notis gara-gara masalah kewangan yang dihadapi syarikat.

Jelas graduan Ijazah Sarjana Muda Media itu, permasalahan tersebut timbul selepas majikannya menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat luar.

“Saya dipindahkan ke jabatan syarikat baru itu selepas mereka jalinkan kerjasama. Tetapi pada masa itu, saya juga tidak dapat sebarang kontrak kerja. Pada bulan ke lima bekerja, saya ditarik balik masuk ke syarikat asal.

“Majikan dedahkan bahawa mereka telah ditipu dan syarikat telah kehilangan sejumlah wang. Mereka membuat keputusan untuk memberhentikan saya serta merta kerana tidak ada wang untuk membayar gaji,” katanya dalam satu hantaran di TikTok.

Dakwanya, dia baru sahaja tamat belajar pada Februari lalu dan mendapat kerja dengan gaji RM2,500 tetapi hanya dibayar RM2,200.

“Apabila saya tanya kenapa begitu, mereka memberi alasan bahawa saya masih dalam tempoh percubaan, malah gaji pertama saya juga dibayar lewat dua minggu,” tambahnya.

Disebabkan itu, lelaki tersebut juga telah mengalami kesihatan mental yang merosot serta terpaksa berulang-alik ke klinik kesihatan.

Dalam pada itu, dia juga menasihatkan orang ramai supaya dapatkan hitam putih kontrak kerja terlebih dahulu dan lebih baik untuk meninggalkan syarikat jika ada beberapa tanda yang tidak baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI