fbpx

Balu tahanan mati dalam lokap dapat ganti rugi RM446,780

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Seremban.

SEREMBAN – Selepas hampir enam tahun, balu kepada seorang pembantu warung yang meninggal dunia ketika berada dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson pada 2017 akhirnya berjaya mendapat ganti rugi berjumlah RM446,780.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan pihak defendan iaitu kerajaan Malaysia membayar ganti rugi tersebut selepas membenarkan permohonan saman yang difailkan plaintif, M.Vimala Devy, 43, dan anaknya, S.Thusataran, 23.

Hakim Wan Fadhilah Wan Idris membenarkan tuntutan ganti rugi kepada Vimala Devy yang merupakan isteri yang sah kepada mangsa, M.Segar, 46, dengan jumlah ganti rugi keseluruhan RM446,780 berhubung kecuaian yang berlaku.

Wan Fadhilah berkata, mahkamah mengambil kira keterangan saksi pakar iaitu doktor yang melakukan bedah siasat ke atas M.Segar bahawa kecederaan ke atas lelaki itu yang membawa kepada kematiannya semasa berada di dalam tahanan polis iaitu di lokap IPD Port Dickson pada 2017 sewaktu ditahan direman.

“Mahkamah berpandangan, pihak polis bertanggungjawab ke atas kematian si mati yang berlaku ketika si mati berada di dalam kawalan pihak polis.

“Dengan itu, mahkamah membenarkan tuntutan ganti rugi kepada balu plaintif (isteri yang sah si mati) M Vimala Devy berjumlah 446,780,” katanya pada prosisidnf keputusan kes di Mahkaman Tinggi di sinu hari ini.

Jumlah tersebut membabitkan ganti rugi kedukacitaan RM63,000, ganti rugi kehilangan tanggungan RM3,780, ganti rugi perbelanjaan pengebumian RM30,000, ganti rugi Misfeasan pegawai RM150,000 dan ganti rugi teruk (aggravated) berjumlah RM200,000.

Mahkamah turut membenarkan tuntutan plaintif ke atas defendan dengan kos sebanyak RM20,000 serta kadar faedah lima peratus daripada 30 Mac 2020 sehingga tarikh bayaran.

Pihak plaintif diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris manakala pihak defendan kerajaan Malaysia diwakili peguam, Shah Wira Abdul Halim.

Haresh berkata, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mempunyai kesan lebam di badan seperti dipukul dengan alat tumpul.

Ketika kejadian, lelaki itu berumur 46 tahun dan bekerja sebagai pembantu gerai warung manakala Vimala Devy berumur 44 tahun dan tidak bekerja serta mempunyai seorang anak lelaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI