fbpx

Terbuka AS: Djokovic tepati ramalan mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC berjaya menumbangkan Fritz untuk mara ke pusingan separuh akhir Terbuka AS awal pagi semalam. - AFP

NEW YORK – Pemain pilihan kedua, Novak Djokovic terus melakar sejarah apabila mara ke pentas separuh akhir kejohanan bertaraf Grand Slam buat kali ke-47 dalam kariernya selepas menewaskan wakil tuan rumah, Taylor Fritz awal pagi semalam.

Pada aksi suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu, Djokovic yang memburu kejuaraan Grand Slam ke-24 peribadi tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan straight-set 6-1, 6-4, 6-4 ke atas Fritz.

Pemain berusia 36 tahun itu mengakui sangat gembira apabila dapat melangkah ke kelompok empat pemain terbaik terbanyak dalam sejarah Grand Slam selepas berkongsi kedudukan dengan Roger Federer sebelum ini.

“Setiap kali saya melangkah ke gelanggang, sudah pasti saya mahu melakar kemenangan dan saya tidak tahu sampai bila saya boleh bermain secara kompetitif terutama pada usia seperti ini.

“Kini, saya ada peluang sekali lagi di peringkat separuh akhir dan saya harap dapat mara ke pentas final sekali lagi. Siapa sahaja yang saya akan temui di pusingan seterusnya, saya perlu bersedia untuk berikan yang terbaik,” kata atlet kelahiran Serbia itu.

Sementara itu, Fritz yang belum pernah menang ke atas Djokovic sepanjang lapan pertemuan dalam kariernya mengakui tidak dapat memberikan aksi yang terbaik dalam usaha mengheret perlawanan ke set penentuan.

“Banyak kelemahan yang saya pamerkan pada aksi kali ini terutama set pertama. Saya berusaha untuk bangkit pada dua set seterusnya tetapi tidak berjaya kerana Djokovic pamerkan aksi yang luar biasa tanpa melakukan sebarang kesilapan mudah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI