fbpx

[VIDEO] Wanita terharu dapat sampaikan surat terus kepada Raja Permaisuri Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang wanita menyerahkan sepucuk surat kepada Raja Permaisuri Agong yang tular di laman Facebook.

PETALING JAYA – Seorang wanita sempat menghulurkan surat bertulis tangan kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika rombongan Baginda berdua melalui kampung halamannya menerusi Program Kembara Kenali Borneo.

Menurut hantarannya di laman Facebook, wanita tersebut menyuarakan rasa gembira dan terima kasih terhadap Seri Paduka Bagina yang sudi menyambut surat daripada rakyat biasa sepertinya.

“Syukur, saya berpeluang melihat Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sekeluarga depan mata. Bukan semua orang berpeluang menyampaikan isi hati secara terus kepada Seri Paduka Baginda.

“Namun, saya sangat bersyukur semuanya dipermudahkan. Moga surat terbuka tersebut diterima baik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,” katanya.

Dalam hantaran sama, wanita tersebut sempat berkongsi isi surat terbuka yang telah diserahkan kepada Seri Paduka Baginda, semalam.

“Sebagai peniaga kecil-kecilan, saya sangat terkesan dengan kenaikan harga barang yang begitu mendadak. Selain itu, negeri kami juga masih mengalami masalah air, elektrik dan jalan raya.

“Kami masih ketinggalan arus kemodenan. Kehidupan kami masih daif terutamanya di kawasan pedalaman Sabah. Semua ini sangat menghiris hati saya,” tulisnya dalam surat tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan wanita tersebut yang berani menyuarakan masalah rakyat.

“Syukur ada yang mewakili Sabah. Semoga slogan Sabah Maju Jaya akan termakbul,” kata Norsia.

“Bertuah wanita ini tulisannya sampai ke tangan Seri Paduka Baginda,” kata pengguna lain.

“Terima kasih kerana mewakili kami semua. Harap-harap ada perubahan,” kata Aerna.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 2,100 tanda suka dan 208 komen. – KOSMO! ONLINE

@ningsi_nazri Minta maaf kawan2 yang tengok live tadi tiba2 mati sbb temperature hp sangat2 panas. Tapi Alhamdulillah tabarakallah dapat juga sampaikan surat yang saya dan sahabat saya @Momoyfara @Adikk buat. Semoga dengan surat itu dapatlah mewakilkan suara hati rakyat sabah. #kemabarakenaliborneo #Suratrakyat #suarahatirakyat #YDPA #Permaisuri #sandakansabah #agongmalaysia ♬ original sound – Ningsi Nazri

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`