fbpx

Segera lulus RUU kawal penjualan rokok, vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohideen (tiga dari kanan) menggesa Parlimen luluskan RUU GEG ketika ditemui di George Town.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Parlimen meluluskan segera Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau lebih dikenali sebagai RUU Ge­nerasi Penamat (GEG) berikutan banyak bukti saintifik mengenai kesan e-rokok dan vape terhadap kesihatan.

Presidennya, Mohideen ­Abdul Kader berkata, kerajaan seharusnya mempertimbangkan secara serius mengharamkan sepenuhnya penjualan e-rokok dan vape di negara ini.

Menurutnya, penghisap vape akan berdepan kesengsaraan pada masa depan dan tabiat itu sukar untuk dihapuskan sama seperti merokok.

“RUU Kawalan Produk Me­rokok demi Kesihatan Awam 2023 diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan (JKPK) di Parlimen sebelum ini tetapi sebelum ia dibahaskan dan diluluskan Parlimen dibubarkan.

“Taktik tangguhkan ini jelas di bawah tekanan daripada lobi tembakau dan ia tidak wajar sama sekali. Bagi mereka yang mempertikaikan hak individu untuk membuat keputusan bagi menghisap vape, dengan mudah tidak pedulikan bahaya vape.

“Pada asasnya tidak ada prinsip moral di sebalik hujah tersebut dan kerajaan mempunyai kewajipan untuk mengehadkan kebebasan individu. Justeru, kami gesa pengharaman sepenuhnya terhadap e-rokok dan vape,” katanya di sini.

Semalam, akhbar Kosmo! melaporkan tindakan segelintir peniaga dikesan meletakkan vape bersama gula-gula dan makanan ringan yang boleh menarik minat golongan remaja serta kanak-kanak untuk membeli rokok elektronik itu di premis mereka.

Taktik itu didedahkan Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia selepas melakukan tinjauan di beberapa premis seperti kedai runcit, kedai serbaneka dan restoran di lokasi tertentu di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI