fbpx

Kembara Kenali Borneo menuju ke Kota Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seri Paduka Baginda berkenan menyantuni warga Telupid, Sabah di Majlis Santapan Bersama Rakyat di Institut Perhutanan Sabah Telupid, semalam.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadual meneruskan perjalanan dari Kundasang menuju ke Kota Kinabalu, hari ini.

Pada hari keempat Kembara Kenali Borneo, Al-Sultan Abdullah dijadual merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah, sementara Tunku Azizah dijadual melawat Jabatan Penjara sebelum berangkat ke Festival Kraf Borneo 2023 di pusat membeli belah 1Borneo.

Pada sebelah malam, Baginda berdua dijadual menghadiri Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, sebelum mengakhiri hari keempat jelajah berkenaan.

Teruja dengan kunjungan Seri Paduka Baginda, warga Pekan Nabalu telah mempersembahkan muzik tradisional etnik Dusun oleh Kumpulan Aki Nabalu, ketika Baginda berdua berangkat tiba di pekan tersebut pada jam 9 pagi tadi.

Kembara tersebut juga disambut meriah oleh penduduk Kampung Mersilai, Kundasang semasa rombongan Seri Paduka Bagina melintasi kampung tersebut pada jam 9.15 pagi, hari ini.

Kembara Kenali Borneo yang dijadualkan dari 3 hingga 13 September itu bermula di Tawau Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak. Kembara sejaun 2,154 kilometer itu bakal menerusi Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI