fbpx

Wanita ditemukan meninggal dunia dipatuk ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemukan meninggal dunia dipercayai dipatuk ular ketika mencari siput sungai di Sungai Ulu Machan, berhampiran Rumah Panjang Rundang, Kanowit.

KANOWIT – Seorang wanita ditemukan meninggal dunia dipercayai dipatuk ular ketika mencari siput sungai di Sungai Ulu Machan, berhampiran Rumah Panjang Rundang di sini.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong berkata hasil siasatan awal, mangsa yang berusia 48 tahun pergi ke Sungai Ulu Machan kira-kira pukul 4 petang, Sabtu lepas untuk mencari siput sungai seorang diri.

“Bagaimanapun mangsa tidak pulang ke rumah sehingga keesokan hari dan selepas dimaklumkan oleh keluarga mangsa, penduduk kampung pergi mencarinya.

“Mangsa dijumpai oleh penduduk kampung di tepi sungai kira-kira pukul 8.15 malam Ahad, dengan kesan patukan ular di pergelangan tangan kanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tega menambah tiada kesan kecederaan lain yang mencurigakan pada badan mangsa.

Katanya mangsa yang merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik, belum berkahwin dan mempunyai masalah kesihatan mental.

Dalam pada itu, Tega berkata kehadiran pihaknya ke Rumah Panjang Rundang untuk siasatan lanjut mendapati mangsa telah dikerandakan.

Katanya memandangkan Rumah Panjang Rundang terletak jauh daripada Balai Polis Kanowit kerana perlu mengunakan perahu panjang untuk menempuh air sungai yang cetek, maka keluarga mangsa tidak dapat pergi membuat laporan ke Balai Polis Kanowit.

Susulan itu, katanya keluarga mangsa dinasihatkan untuk membuat laporan polis setelah selesai urusan pengkebumian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`