fbpx

[VIDEO] Ratusan peminat sukan permotoran tangisi pemergian Hattem Rashdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video ratusan rakan dan peminat Allahyarham hadir ke majlis pengebumian Muhammad Hattem di Kedah.

PETALING JAYA – Ratusan sahabat serta peminat menghadiri pengebumian pelumba drag, Muhammad Hattem Rashdi, 22, yang meninggal dunia selepas 12 jam bertarung nyawa susulan kemalangan di litar lumba kelmarin.

Menerusi beberapa perkongsian di media sosial memaparkan ratusan kenalan dan peminat sukan permotoran yang mengenali Allahyarham hadir ketika solat jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan Kampung Padang Lalang, Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, pelawak terkenal, Achey turut mengucapkan takziah ke atas pemergian Muhammad Hattem semalam.

“Semoga kau tenang di sana adik, seorang murah senyuman. ‘Rider drag’ kesayangan semua, satu-satunya Hattem Rashdi. Al-Fatihah,” tulis Achey di Facebooknya.

Terdahulu, Muhammad Hattem disahkan meninggal dunia selepas 12 jam bertarung nyawa akibat kemalangan di litar lumba kelmarin ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023.

Difahamkan mangsa bersama 49 peserta lain mengikuti program latihan perlumbaan yang dianjurkan MUSC Motorsport bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Komuniti Dragster di litar berkenaan.- KOSMO! ONLINE.

@_.syazwannnn ramai orang sayang hg tem Al-fatihah 🥰🤲🏻#fyp ♬ original sound – sang_pemimpi88

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI