fbpx

PRK: 28 laporan polis diterima sejak kempen Sabtu minggu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN meninjau perjalanan proses pengundian awal PRK Parlimen Pulai di Markas PPM Wilayah Dua, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah menerima sebanyak 28 laporan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram sejak Sabtu lalu hingga hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan yang diterima kebanyakkannya berkaitan kesalahan merosakkan bahan kempen seperti bendera, banting serta poster parti yang bertanding.

“Keseluruhan laporan diterima setakat ini sebanyak 28 kes. Kebanyakkan kesalahan merosakkan bendera dan papan iklan (bahan kempen).

“Empat kes diterima berkaitan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja). Dua kes disiasat di Johor dan dua lagi disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman,”katanya ketika ditemui ketika melawat Pusat Pengundian Awal di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk meningkatkan kawalan supaya perjalanan pulang pengundi yang bekerja di Singapura berjalan lancar.

Ujarnya, pada hari pengundi Sabtu ini, semua laluan di pintu masuk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini akan dibuka.

“Memang akan ada penambahan pegawai dan anggota di CIQ BSI, sekarang ini sudah ada lebih 200 anggota bertugas di sana.

“Penambahan dibuat bagi memastikan kelancaran perjalanan masuk pengundi dari Singapura dan jalan-jalan di laluan tersebut,”katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan proses Pengundian Awal PRK Parlimen Pulai di dua pusat pengundian di Balai Polis Kempas dan Markas PPM Wilayah Dua berjalan lancar.

Seramai 927 pegawai dan anggota polis daripada tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan satu pasukan formasi Polis Diraja Malaysia (PRDM) iaitu PPM Wilayah Dua menunaikan tanggungjawab mengundi awal hari ini.

Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PH, Suhaizan Kayat; calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI