fbpx

Melaka mohon peruntukan naik taraf prasarana pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF (kanan) melihat hasil lokan yang diternak di Taman Lokan, Paya Lebar, Melaka ketika melakukan lawatan kerja di kawasan ekopelancongan Sungai Linggi. - Foto MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

ALOR GAJAH – Kerajaan negeri akan memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi membangunkan dan menaik taraf prasarana pelancongan yang terdapat di sepanjang pesisir Sungai Linggi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, terdapat beberapa jeti lama yang perlu penambahbaikan sebagai persediaan menyambut kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

Beliau berkata, sebanyak enam jeti dalam Projek Pembangunan Ekopelancongan Sungai Linggi fasa satu telah dinaik taraf dengan kualiti kemudahan awam yang disediakan berada pada tahap membanggakan.

“Peruntukan yang akan disalurkan bergantung kepada satu-satu tempat dan kita akan kumpul semua maklumat dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan memberi jumlah kewangan untuk penambahbaikkan,” katanya selepas lawatan kerja ke kawasan ekopelancongan Sungai Linggi di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI