fbpx

[VIDEO] Hattem pelumba drag maut ketika beraksi di Litar Speedway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA meninggal dunia di HTAA selepas kira-kira 15 jam bertarung nyawa.

PEKAN – Seorang pelumba drag maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan ketika beraksi di Litar Speedway Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini kelmarin.

Mangsa Muhammad Hattem Rashdi,22, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan semalam selepas kira-kira 15 jam bertarung nyawa akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pekan, Mohd Zaidi Mat Zin berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa bersama 49 peserta lain mengikuti program latihan perlumbaan yang dianjurkan MUSC Motorsport bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Komuniti Dragster di litar berkenaan.

“Apabila sampai gilirannya, mangsa telah hilang kawalan dan terjatuh ke atas jalan sebelum dibawa menerima rawatan lanjut di HTAA Kuantan.

“Pada pukul 3.45 petang semalam pihak polis menerima makluman mangsa disahkan meninggal dunia,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Zaidi kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan berdasarkan siasatan awal program latihan berkenaan mendapat kelulusan permit dari Majlis Perbandaran Pekan.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian penunggang motosikal yang gagal mengawal kenderaan sehingga hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI