fbpx

Iklan pelaburan Mohd. Tamyes adalah palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein.

SHAH ALAM – Iklan pelaburan di media sosial yang menggunakan nama bekas Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid adalah palsu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada Mohd. Tamyes kira-kira pukul 9.43 malam tadi yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Katanya, berdasarkan laporan tersebut bekas Mufti berkenaan menafikan iklan yang dipaparkan di Facebook atas nama Investor City yang telah menggunakan nama dan gambar Mohd. Tamyes.

“Sehubungan itu, iklan tersebut adalah palsu dan tiada kaitan dengan Mohd. Tamyes.

“Laporan polis itu telah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan terperinci,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Hussein menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan di media sosial yang menggunakan individu penting dan menjadi kepercayaan masyarakat sebagai imej sesebuah pengiklanan.

Tegas beliau, sikap menyemak kesahihan sesuatu iklan itu amat penting bagi mengelak dimanipulasikan dan menjadi mangsa penipuan.

“Orang ramai diingatkan membuat pelaburan di platform yang sah dan berdaftar dengan Bank Negara (BNM) dan membuat semakan di laman web tersebut bagi menentukan kewujudan sesuatu syarikat pelaburan tersebut,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI