fbpx

28 lelaki merusuh dengan parang ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian merusuh membabitkan sekumpulan individu yang bersenjatakan parang di Butterwort di sini, semalam.

SEBERANG PERAI – Polis menahan seramai 28 lelaki selepas disyaki terlibat dalam kes rusuhan yang bersenjatakan parang di Butterworth, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 51 tahun itu ditahan pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang pada hari ini.

Menurutnya, individu terbabit ditahan bersama barangan rampasan yang dipercayai digunakan semasa kejadian tersebut.

“Berdasarkan siasatan awal, punca pergaduhan dipercayai bermula dengan pertengkaran dan provokasi sesama mereka.

“Kesemua suspek direman oleh Mahkamah Majistret Butterworth untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, kita terus mengesan saki baki suspek yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh mengunakan senjata. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI