fbpx

DPPPM-WC sedia platform untuk teroka peluang pelaburan di Malaysia, Wuxi China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liu Jun (kanan) bersama Mazlan Goh pada majlis pelantikan Presiden baharu DPPPM- Wuxi di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Dewan Perniagaan Perindustrian dan Pelaburan Malaysia -Wuxi, China (DPPPM-WC) bakal memainkan peranan penting dalam meningkat hubungan dua hala  antara dua buah negara itu dan mempromosikan peluang perniagaan serta pelaburan berpotensi untuk diceburi oleh usahawan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dari Wuxi.

Wuxi adalah sebuah bandar yang terletak di Selatan Wilayah Jiangsu yang mana perjalanan dari bandar Shanghai mengambil masa selama sejam untuk ke bandar tersebut.

Wuxi dikenali sebagai salah satu destinasi perindustrian moden di China untuk menjadi Lembah Silikon Chiplet atau Chiplet Valley.

Presiden dewan perniagaan tersebut, Dr. Liu Jun berkata, seiring hubungan diplomatik Malaysia dan China telah mencecah kepada 50 tahun, ini adalah masa bersesuaian untuk membawa lebih ramai pelabur dari China khususnya dari bandar Wuxi untuk meneroka peluang pelaburan baharu di Malaysia.

“Malaysia terkenal sebagai mesra pelabur dengan menawarkan persekitaran antarabangsa untuk kami berkomunikasi dalam bahasa ibunda kami dengan kebanyakan rakyat di negara ini.

“Di sini juga, iklim politiknya juga agak stabil dan agak mudah untuk membuat urusan menjalankan perniagaan ekoran adanya rantaian bekalan yang baik dan boleh menyokong kami mengembangkan perniagaan di sini dengan lebih pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pelantikan Liu Jun sebagai Presiden baharu dewan tersebut di sini baru-baru ini.

DPPPM-WC telah ditubuhkan sejak bulan Oktober 2023 selepas Pengerusinya, Dr. Mazlan Goh Ahmad Goh  dilantik sebagai duta pertukaran persahabatan antara Wuxi dan Malaysia oleh kerajaan Perbandaran Wuxi pada bulan Jun tahun yang sama.

Sehingga kini, Mazlan terus memberi jaminan bahawa beliau akan terus memberi tumpuan terhadap usaha menjadi penghubung di antara dewan perniagaan tersebut dan juga kerajaan serta agensi kerajaan.

Selain itu, mengulas lanjut mengenai visi DPPPM-WC, Liu Jun menerangkan, antara visi dewan tersebut adalah  untuk mewujudkan platform yang bersepadu, saling menguntungkan untuk integriti perniagaan, komunikasi dan pertukaran antara kedua negara.

Sehingga kini, dewan tersebut memiliki lebih daripada 40 ahli.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI