fbpx

Dua stesen LRT3 bakal siap di Shah Alam tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasbi (kiri) dan Nor Fuad sedang mencuba fasiliti di ruang pameran Stesen LRT sempena EASTS hari ini. Foto oleh AMIN AZMAN/ KOSMO!

SHAH ALAM – Pengangkutan awam di bandar raya ini akan lebih efisien dengan siapnya dua buah stesen projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) pada tahun depan.

Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid, dua buah stesen LRT tersebut adalah di Persiaran Datuk Menteri dan Stadium Shah Alam.

“Kita bangunkan ekosistem perancangan bandar iaitu Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) dalam persekitaran kawasan LRT tersebut. Kita akan menggalakan penggunaan kenderaan mikro mobiliti (skuter elektrik).

“MBSA juga telah mendapatkan geran daripada pihak kerajaan negeri dan persekutuan bagi menjayakan pelan TOD tersebut,” katanya selepas Persidangan Antarabangsa Eastern Asia Society For Transportation Studies (EASTS) Ke-15 yang dirasmikan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, hari ini.

Jelas Nor Fuad, geran turut diperoleh daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk membuat kecerdasan buatan (AI) dalam aspek jalan raya.

Ujarnya, sepanjang 500 kilometer (km) berjaya diselesaikan AI daripada 2,000 km jalan raya perbandaran di Shah Alam.

“Bagi laluan basikal dan skuter elektrik pula ketika ini adalah sejauh 20 km sebelum akan dipanjangkan kepada 58 km pada masa depan.

“Kita menggalakan penggunaan kenderaan mikro mobiliti itu dalam kalangan warga emas dengan kajian pada tahun 2020 menunjukkan 6.9 peratus penduduk Shah Alam adalah warga emas berusia 65 tahun,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI