fbpx

Suspek tumbuk penjawat awam kacau isterinya hingga maut dicekup di IPD Machang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian dua lelaki bertumbuk di depan sebuah premis di simpang empat, Kampung Sungai Hala, Machang hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI/KOSMO!

KOTA BHARU – Suspek yang bertumbuk sehingga menyebabkan kematian seorang penjawat awam yang mempunyai hubungan sulit dengan isterinya dicekup ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Machang di sini hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 46 tahun itu hadir ke IPD Machang untuk buat laporan polis sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

Menurutnya, siasatan mendapati, kejadian berlaku di sebuah kedai makan Jalan Lama Pasir Putih-Machang depan Hospital Machang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi tadi selepas suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

“Suspek bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur manakala mangsa yang berusia 51 tahun dan isteri suspek merupakan penjawat awam di sebuah jabatan sama di Kuala Krai.

“Akibat pergaduhan tersebut, penjawat awam itu mengalami kecederaan dan pendarahan serius pada bahagian muka. Selain itu, mangsa juga parah pada kedua-dua belah mata dan patah tulang rusuk sebelah kiri manakala suspek hanya cedera di kedua-dua belah tangannya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, siasatan mendapati pergaduhan tersebut berlaku tanpa melibatkan sebarang senjata.

Katanya, ambulans datang dan membawa mangsa ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

“Suspek dan mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Ujian awal sarinya air kencing mendapati, suspek negatif daripada sebarang pengambilan dadah,” katanya.

Tambah Muhamad Zaki, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Machang esok untuk perintah tahanan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang penjawat awam maut selepas bertumbuk dengan seorang lelaki apabila dia dipercayai mengganggu isteri orang dalam kejadian depan sebuah premis di simpang empat, Kampung Sungai Hala di sini hari ini.

Saksi kejadian, Hasran Hassan, 53, berkata, kedua individu itu bertengar selama 45 minit sebelum bergelut di tepi jalan bersebelahan kedainya yang turut diperhatikan oleh beberapa lelaki lain tanpa membantu untuk meleraikan pergaduhan tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI