fbpx

Kucing manja ‘pelaris’ gedung perkakas rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leo kini tinggal di gedung Home Depot, Mount Laurel. - Foto John Vazquez/Home Depot

WASHINGTON – Seekor kucing yang mendiami sebuah gedung Home Depot di New Jersey, Amerika Syarikat menjadi sensasi media sosial sehingga berjaya menarik pelanggan ke premis itu semata-mata untuk melihatnya, lapor agensi berita United Press International.

Seorang lelaki yang mula memuat naik video TikTok mengenai kucing bernama Leo itu, Jeffrey Simpkins berkata, dia mahu mendokumentasikan haiwan tersebut selepas pertama kali bertemu dengannya di kedai berkenaan di Mount Laurel bulan lepas.

“Video pertama yang saya muat naik menerima tontonan mencecah 4.5 juta dalam masa sehari,” kata Simpkins kepada WTFX-TV. 

Tambah Simpkins, para peminat setia Leo mengagumi personaliti unik haiwan itu seperti sikap manjanya, tabiatnya yang memakai baju dan mempunyai beberapa tempat tidur.

Seorang pekerja kedai berkata, Leo sebelum ini ialah kucing ladang yang dibawa ke kedai itu kira-kira setahun lalu untuk membantu menyelesaikan masalah tikus. 

Ia dijaga oleh para pekerja dan mendapat pemeriksaan doktor haiwan secara berkala serta mempunyai tempat tidur di kedai itu.

Sementara itu, beberapa pelanggan berkata, mereka datang ke kedai tersebut hanya untuk melihat Leo.

“Ia adalah minggu terakhir musim panas, jadi saya terfikir untuk pergi melihat kucing itu dan mempertimbangkan sama ada boleh menjadi sebahagian daripada kelab peminatnya,” kata seorang wanita, Michelle Lythberg. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI