fbpx

India lancar misi penerokaan Matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROKET membawa kapal angkasa Aditya-1 kelihatan menjelang pelancarannya kelmarin. – AGENSI

NEW DELHI, India – Agensi ang­kasa lepas India cuba melakar sejarah sekali lagi semalam dengan melancarkan sebuah kapal angkasa untuk mengkaji Matahari, seminggu selepas kejayaan mendaratkan kapal angkasa tanpa manusia di Bulan.

Aditya-L1 akan membawa peralatan saintifik untuk meninjau lapisan paling luar Matahari. Kapal angkasa itu dilancarkan pukul 11.50 pagi (waktu tempatan) untuk perjalanan selama empat bulan.

Amerika Syarikat dan Agensi Angkasa Eropah (ESA) telah menghantar berbilang kapal ang­kasa jelajah ke pusat sistem solar itu, bermula dengan program perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dalam tahun 1960-an.

Bagaimanapun sekiranya berjaya, misi Organisasi Penyelidikan Angkasa India(SRO) itu akan menjadi yang pertama oleh mana-mana negara Asia yang berjaya meletakkan kapal angkasa di orbit Matahari.

“Ia adalah misi mencabar untuk India,” kata ahli astrofizik, Somak Raychaudhury kepada ste­sen televisyen NDTV kelmarin.

Somak berkata, kapal angkasa itu akan mengkaji letusan massa korona (CNE) iaitu fenomena yang menyaksikan plasma dan tenaga magnetik dilepaskan dari lapisan luar atau atmosfera Matahari.

Letusan itu sungguh kuat dan boleh sampai ke Bumi serta berpotensi mengganggu operasi satelit.

“Aditya akan membantu meramalkan fenomena ini dan memberi amaran supaya satelit dapat mematikan kuasanya untuk seketika,” kata Somak.

Aditya iaitu nama dewa matahari menurut agama Hindu, akan me­lakukan perjalanan sejauh 1.5 juta kilometer untuk sampai ke destinasinya.

Ia melakukan perjalanan menggunakan roket PSLV XL seberat 320 tan yang menjadi kenderaan utama program ang­kasa lepas Russia. Roket sama digunakan dalam pelancaran terdahulu untuk misi ke Bulan dan Planet Marikh.

India semakin menyamai pencapaian negara-negara kuasa angkasa lepas, namun pada kos yang lebih murah.

Negara Asia Selatan itu mempunyai program angkasa lepas bajet rendah tetapi meningkat dalam saiz dan momentum sejak New Delhi pertama kali menghantar kapal angkasa peninjau ke orbit Bulan dalam tahun 2008.

Pakar-pakar berkata, India boleh mengekalkan kos yang rendah dengan meniru dan menambah baik teknologi angkasa sedia ada. Negara itu juga memiliki ramai jurutera mahir, manakala bayaran gaji mereka lebih rendah berbanding rakan sekerja di Barat.

Kejayaan India mendaratkan kapal angkasa di permukaan Bulan pada bulan lalu menelan kos kurang daripada AS$75 juta (RM348 juta).

Sebelum ini hanya tiga negara merekodkan pencapaian tersebut iaitu Russia, China dan Amerika Syarikat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI