fbpx

Lelaki dijel 23 tahun selepas tanam pokok di halaman rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan sebuah rumah di Seoul. - Foto AFP

SEOUL – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 23 tahun oleh sebuah mahkamah di Korea Selatan kerana membunuh jirannya ketika bertengkar mengenai sebatang pokok.

Laman berita Korea Times melaporkan, pokok tersebut menghalang cahaya matahari daripada terkena pada panel solar milik tertuduh.

Konflik bermula beberapa tahun lalu di daerah Cheorwon, wilayah Gangwon apabila mangsa menanam pokok pic. Pokok itu tumbuh dan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke panel solar milik tertuduh.

Pada April tahun lalu, tertuduh yang berang menyerang mangsa yang berusia 70 tahun menggunakan senjata dalam satu pertengkaran.

Serangan itu turut mencederakan isteri mangsa yang cuba masuk campur. 

Selepas melakukan pembunuhan itu, dia memandu keretanya dalam jarak kira-kira 2.7 kilometer dalam keadaan mabuk, sebelum keluar dari kenderaannya dan berkali-kali menjerit: “Saya telah membunuh seseorang.”

Lelaki tersebut mengaku melakukan perbuatan itu, manakala Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman yang turut mewajibkan tertuduh memakai alat pengesan elektronik selama 10 tahun. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI