fbpx

Air pasang besar: Limpahan air empat kawasan, tiada banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba meninjau paras laut di sekitar Kuala Selangor hari ini.

KUALA SELANGOR – Fenomena air pasang besar hari kedua mengakibatkan empat kawasan di sekitar daerah ini mengalami limpahan air pagi tadi.

Limpahan di kawasan Jeti Kampung Baru Kuala Selangor; Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Selangor, Pantai Jeram dan Pantai Remis itu bagaimanapun tidak menyebabkan banjir.

Jurucakap Smart Selangor Command Centre (SSCC) berkata, pemantauan dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor melibatkan lapan kawasan bermula pukul 6.58 pagi.

Katanya, pemantauan mendapati paras air laut direkodkan setinggi 5.6 meter berbanding tinggi berbanding 5.5 meter semalam.

“Keadaan itu menyebabkan berlaku limpahan air di empat kawasan namun berskala kecil.

“Empat lagi kawasan turut tidak banjir iaitu di Jeti Sungai Gambut, Jambatan Kuala Selangor, Jeti Sungai Sembilang dan dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kuala Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah jurucakap itu, orang ramai diminta memantau keadaan cuaca dan informasi keselamatan kawasan pesisir pantai kawasan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI