fbpx

Ahmad Terrirudin dilantik Peguam Negara baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Terrirudin

PUTRAJAYA- Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dilantik sebagai Peguam Negara baharu berkuat kuasa 6 September depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah memperkenankan pelantikan Ahmad Terrirudin sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 6 September 2023.

“Pelantikan itu bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September 2023,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Idrus atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai Peguam Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI