fbpx

Agong, Permaisuri doa kesembuhan Raymond Goh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raymond Goh

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan rasa sedih selepas mendapat perkhabaran penyampai berita TV3 Nightline, Raymond Goh diserang angin ahmar.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua mendoakan semoga dikurniakan kesembuhan dengan segera dan kembali pulih seperti sedia kala.

“Semoga Raymond Goh, penyampai berita TV3 Nightline, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan serta keafiatan segera.

Beliau dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang penyakit angin ahmar dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan penyampai berita, Raymond Goh dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar.

Goh atau nama Islamnya Mohd. Zaman Goh yang sering tampil di dalam slot Nightline terbitan TV3, dianggap sebagai pemberita bersuara ’emas’ dengan pengalaman lebih tiga dekad dalam dunia penyiaran.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI