fbpx

EPL: Haaland tepati ramalan raih anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND menerima anugerah pemain terbaik selepas kejayaannya meledak 52 gol untuk membantu City memenangi kejuaraan trebel musim lalu. - AGENSI

LONDON – Selepas kejayaan membantu Manchester City meraih kejuaraan treble musim lalu, Erling Haaland melengkapkan debut cemerlang di Liga Perdana Inggeris apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA.

Bintang dari Norway itu menewaskan dua rakan sepasukannya, Kevin De Bruyne, John Stone, serta duo Arsenal, Bukayo Saka, Martin Odegaard dan bekas penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Haaland mengakui cukup teruja untuk memenangi anugerah tersebut dan merasakan ia adalah bukti bahawa kualiti yang dimilikinya diiktiraf oleh para peminat termasuk para pemain dan pengurus daripada pasukan pencabar.

“Ia adalah satu penghargaan luar biasa dengan memenangi anugerah berprestij ini. Menerima pengiktirafan daripada para pesaing adalah satu perasaan yang hebat dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua orang yang mengundi saya.

“Secara peribadi, ia juga menjadi musim yang tidak boleh dilupakan untuk saya. Memenangi treble adalah sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan dan untuk meraih semua ini bersama kelompok pemain dalam pasukan ini adalah perkara yang cukup istimewa.

“Kami sudah mencipta memori dan sekarang kami mahu lakukan perkara sama sekali lagi. Kami sudah pun memulakan musim baharu dan kami perlu kekalkan prestasi baik,” katanya.

Musim lalu, Haaland menjaringkan 52 gol buat City dalam semua pertandingan dan kecemerlangannya membolehkan The Citizens menjulang trofi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Haaland bersama empat rakan sepasukannya, Rodri, De Bruyne, Ruben Dias dan Stone turut disenaraikan dalam kesebelasan terbaik Liga Perdana Inggeris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI