fbpx

Boikot masyarakat India tahap minimum – Suhaizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIZAN (tengah) yakin tidak berlaku boikot dalam kalangan masyarakat India terhadap kempennya bagi PRK Parlimen Pulai.

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat menafikan kempennya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di sini diboikot segelintir pihak termasuk kalangan masyarakat India.

Beliau bagaimanapun maklum terdapat gesaan sedemikian yang dibuat oleh seorang aktivis berketurunan India, baru-baru ini susulan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengislamkan seorang lelaki di sebuah masjid.

“Beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India akan mengadakan siri penerangan kepada komuniti India berhubung perkara tersebut. Jadi saya serahkan perkara itu kepada mereka agar tidak timbul sebarang kekeliruan.

“(Jadi tiada boikot?) Minimum,” katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita sama ada kempennya akan diboikot masyarakat India.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis perjumpaan dengan masyarakat India di Tampoi, di sini semalam.

Sebelum ini, seorang aktivis India, Arun Dorasamy menggesa masyarakat India memboikot calon PH dalam PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram sebagai tanda protes atas tindakan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Suhaizan yang juga merupakan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor turut memberitahu, walaupun masyarakat India minoriti, namun undi setiap penduduk adalah berharga dan sama nilainya.

“Semua undi penting, tak kira Melayu, Cina, mahupun India. Ini kerana kita bukan mahu menang dengan biasa-biasa sahaja tetapi sebaliknya mahu menang dengan majoriti yang meyakinkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI