fbpx

Tiga peratus kawasan berpenduduk tiada akses internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Unit Starlink dipasang di Kampung Orang Asli Tonggang, Perak bagi kegunaan penduduk untuk mengakses internet. - Foto Facebook Fahmi Fadzil

PETALING JAYA – Masih terdapat tiga peratus lagi kawasan berpenduduk di Malaysia yang tidak mempunyai akses internet.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, isu geografi lokasi seperti kawasan pedalaman atau pulau terpencil menjadi cabaran kepada pembinaan rangkaian di kawasan tersebut.

“Oleh itu, kerajaan akan terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet satelit termasuk Starlink untuk melengkapkan 100 peratus akses internet di kawasan berpenduduk, selain menambah baik perkhidmatan di kawasan sedia ada,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada lima hari lalu telah turun ke Kampung Orang Asli Tonggang, Perak.

“Di kawasan tersebut, ada lebih 400 penduduk, namun tiada akses internet.

“Saya telah minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk pasang Starlink. Alhamdulillah, semalam satu unit telah dipasang di situ,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI