fbpx

RHB Bank rekod untung bersih RM1.57 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rashid

PETALING JAYA – RHB Bank Berhad merekodkan untung bersih berjumlah RM1.57 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2023, pertumbuhan sebanyak 29.5 peratus tahun ke tahun disokong pendapatan bukan berasaskan dana lebih tinggi dan jangkaan kehilangan kredit lebih rendah.

Jumlah pendapatan meningkat 0.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.79 bilion.

Perbelanjaan operasi pula meningkat 6.5 peratus kepada RM1.8 bilion, sebahagian daripadanya berpunca daripada kos kakitangan lebih tinggi disebabkan pelarasan perjanjian kolektif. Kadar kos berbanding pendapatan naik kepada 47.5 peratus daripada 44.9 peratus setahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Banking Group, Mohd. Rashid Mohamad berkata, pihaknya terus menyampaikan prestasi kewangan yang mampan untuk enam bulan pertama berakhir Jun 2023, walaupun dalam persekitaran ekonomi dan perniagaan yang mencabar.

“Asas kami kekal kukuh, dan kami akan terus kekal fokus pada strategi korporat Kumpulan, Together We Progress 2024 yang kini dalam tahun kedua pelaksanaannya.

“Kumpulan akan terus melaksanakan pengurusan kewangan yang berhemat dan berdisiplin dari segi kos, serta mempercepatkan usahanya dalam menguruskan kualiti aset untuk mengekalkan daya tahan dan meningkatkan kecemerlangan operasi.

“Sebagai menghargai sokongan dan kesetiaan yang telah diberikan oleh pemegang saham, kami dengan sukacitanya mengisytiharkan dividen interim sebanyak 15 sen sesaham, mewakili nisbah pembayaran sebanyak 40.9 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI