fbpx

Kementerian Pertahanan sasar 200 usahawan veteran terima geran SPKLB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADLY Zahari (dua dari kanan) meninjau gerai pameran usahawan veteran tentera pada program Puvet di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kementerian Pertahanan menyasarkan seramai 200 veteran tentera menerima geran inisiatif Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM5,000 pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, pada masa ini seramai 20 veteran tentera telah menerima geran terbabit sebagai modal suntikan dalam memperkasakan usahawan dalam kalangan veteran dalam bidang keusahawanan.

“Setakat ini kita telah menyerahkan geran kepada 20 penerima iaitu 10 penerima di Pahang, lima penerima di Negeri Sembilan dan lima penerima di Lembah Klang.

“Oleh kerana kita mula agak lambat iaitu pada bulan Ogos ini, jadi sasaran tahun ini adalah sebanyak 200 penerima dan kita juga menyasar memperluaskan lagi pemberian geran ini ke negeri-negeri lain,”katanya selepas merasmikan Program Pemerkasaan Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (Puvet ATM) Pahang, di sini hari ini.

Menurutnya, geran terbabit merupakan inisiatif kerajaan melalui program Puvet ATM dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`