fbpx

Ramai sebak Sheng Yi, Yi Yi pulang ke China esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Zoo Negara beserta ucapan selamat tinggal kepada Sheng Yi dan Yi Yi.

PETALING JAYA – Peminat anak panda gergasi, Sheng Yi dan Yi Yi sebak kerana selepas ini, tiada lagi telatah comel mereka akan dapat disaksikan di Zoo Negara, Hulu Kelang.

Susulan perkhabaran yang diumumkan Kementerian Sumber, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) pada Ahad, para peminat setia anak panda itu dilihat berkongsi video di media sosial khususnya di TikTok.

“Aku nak nangis. Sedih tengok mereka berpisah dengan ibu ayah mereka,” tulis Bonda Kak Ngah.

“Yi Yi balik dengan adiknya, Sheng Yi. Sedihnya melepaskan,” kata Miss Eima.

“Kalau mereka tak bahagia di sana kembalikan mereka kepada kami di Malaysia,” ujar Sita Fiona.

Zoo Negara menerusi WhatsApp Channelnya hari ini berkata, suasana di Zoo Negara kini suram rentetan kepulangan Sheng Yi dan Yi Yi ke China esok.

“Sudah tiba masanya kesayangan Yi Yi dan Sheng Yi untuk mengucapkan selamat tinggal dan pulang ke rumah mereka di China. Keturunan Xing Xing dan Liang Liang yang dihormati ini telah menjadi ahli keluarga zoo kami sejak kelahiran mereka.

“Yi Yi dan Sheng Yi dilahirkan pada 14 Januari 2018 dan 30 Mei 2021. Mereka dibesarkan dalam lingkungan yang mempesonakan zoo kami yang dihargai dan perjalanan mereka adalah luar biasa.

“Telatah mereka yang suka bermain, raungan lembut dan kehadiran yang menawan telah menyelaraskan diri mereka dengan lancar ke dalam jati diri zoo kita,”ujarnya.

Katanya, biarpun suasana bakal berbeza tanpa anak panda itu namun warisan dan kisah mereka akan menjadi ingatan kepada semua pihak.

“Kami mengucapkan selamat tinggal kepada panda yang luar biasa ini. Terima kasih Yi Yi dan Sheng Yi,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI