fbpx

Penjara khas pesalah syariah perlu penelitian terperinci – MAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz memasang Jalur Gemilang pada salah sebuah kenderaan peserta Ziarah Merdeka, hari ini.

SHAH ALAM – Penjara khas bagi pesalah syariah termasuk di Selangor memerlukan penelitian yang terperinci kerana melibatkan peruntukkan yang besar.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ini termasuk dari segi kuantiti kes, lokaliti dan pembinaan infrastruktur selain mencakupi penyediaan wadar dan kakitangan sokongan penjara itu.

“Setakat ini, kita tidak mendapat maklumat tentang perkara tersebut (cadangan penubuhan Penjara Syariah).

“Penjara adalah satu institusi yang besar dan wujud sejak sebelum merdeka lagi dan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mana saya pernah menjadi Ketua Setiausaha.

“Di dalam penjara terdapat pesalah kecil dalam kalangan pelbagai bangsa dan agama. Kalau hendak diasingkan pesalah tersebut mengikut kesalahan syariah dan bukan syariah ia perlu diteliti sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melepaskan peserta ziarah Merdeka hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz menjelaskan, ketika ini kesemua pesalah syariah yang berada dalam penjara akan dikendalikan pegawai khusus daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menguruskan pesalah kes tersebut.

“Walaupun kesemua pesalah syariah dan bukan syariah nampak seperti bercampur apabila kursus pemulihan diadakan namun mereka diberi kursus mengikut agama masing-masing,”katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI