fbpx

Luahan pembaca: Segera wartakan skop tugas guru elak tanggung beban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tugas guru ketika ini semakin mencabar apabila perlu melaksanakan pelbagai arahan di luar skop tugas mereka. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Tugas guru ketika ini amatlah mencabar. Mereka bukan lagi mengajar di dalam kelas tetapi dikehendaki memasukkan pelbagai data murid, markah dan sebagainya.

Sepatutnya tugas itu diberikan kepada pembantu pengurusan murid (PPM) yang sampai sekarang tiada tindakan susulan daripada pihak berwajib mengenai jawatan tersebut.

Tugasan tersebut nampak mudah tetapi ia merumitkan. Jika diberi kepada pembantu tadbir, saya percaya ramai akan sakit jiwa dan berhenti awal kerana tugas mereka menguruskan kewangan sekolah dan pentadbiran pun sudah cukup membebankan.

Apatah lagi tugas itu tidak mempunyai elaun.

Dalam hal ini, saya menyokong gesaan Pakar Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Anuar Ahmad supaya skop tugas guru diwartakan sebagai jalan penyelesaian terhadap bebanan guru.

Tugas guru di luar skop mereka yang lain ketika ini termasuk mengecat, menyusun meja dan kerusi jika ada majlis di sekolah. Selain itu mereka ini bertungkus lumus jika ada program gotong-royong kerana kurangnya penglibatan ibu bapa.

Beban bertambah daripada hanya perlu mengajar murid, mereka ini akan menjadi pula tukang kebun, tukang rumah dan menjadi pemeriksa aset sekolah.

Di sesetengah tempat, guru akan menjadi pegawai kesihatan dan wajib melaporkan tahap pembiakan nyamuk aedes.

Semua tugas itu dilakukan secara terpaksa kerana arahan pihak pentadbiran. Selagi PPM tidak diwujudkan, agak sukar untuk menyelaraskan skop kerja guru terutama di sekolah kurang murid.

Kementerian perlu mewartakan tugas guru secara jelas, betul dan adil supaya ia tidak mengganggu tugas hakiki mereka.

Pendam rasa,
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI