fbpx

Pas adakan dialog dengan Gerakan isu Hadis 40 – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi.

JOHOR BAHRU – Pas akan mengadakan sesi dialog bersama Gerakan untuk memberi penerangan berhubung pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah terpilih, seluruh negara.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, dialog sedemikian kerap dianjurkan pihaknya bersama rakan parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu, selama ini khususnya apabila terdapat isu berbangkit.

“Kita (Pas) sentiasa berhubung dengan gerakan, jadi kita akan adakan majlis dialog dan ini bukannya kali pertama diadakan sebaliknya ia sentiasa dibuat. Berhubung perkara ini, ia hanyalah satu isu sahaja manakala banyak lagi isu-isu lain turut dibincangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Dialog Rakyat Bersama Presiden Pas yang diadakan di Taman Tampoi Utama, di sini hari ini.

Hari ini, Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan memberitahu parti itu menyokong penuh inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan modul tersebut di 289 buah sekolah kerajaan kepada guru dan murid beragama Islam.

Sebelum itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed pula menyelar kepimpinan Pas kerana membiarkan Gerakan mempersoal pelaksanaan modul tersebut sedangkan kedua-dua parti itu merupakan rakan di dalam PN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI